Thursday, July 10, 2008
Al Fatihah
Bonda mertua ku Puan Saayah binti Asmawi pergi jua mengadap Ilahi. Sudah perjanjiannya begitu. Tepat pukul 11 pagi hari Ahad 6 July 2008. Teresak Matin dibahu aku. Tak daya aku memujuknya. Tapi aku perlu terus lebih kuat dari dia. Semuanya telah terduga. Mujur semalam semua sempat berdepan dengan arwah mak. Walaupun dalam keadaan koma, tapi menurut doktor yang merawat, mak sedar dan mendengar. Disuruh ahli keluarga membacakan Yasin. Sempat aku bisikkan mohon ampun dan maaf. Banyaknya dosa ku tak terhingga rasanya. Pilu rasa hati bila tiap kali dipeluk dan diucap takziah, Matin pasti tersedu. Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Sengaja aku biarkan dia sementara, biar dilayan dulu perasaan sedihnya. Bodoh andai aku suruh dia supaya tidak bersedih, bersabar dan bertenang. Orang gila pun menangis saat kehilangan insan yang disayangi. Tapi tiada rasa ralat dihati sebab Matin sedaya upaya semasa hayat arwah mak, membuat mak gembira, sentiasa dipenuhi permintaan mak, cuma kadang bila diminta pulang selalu apalah daya kami yang jauh dan sentiasa beragenda. Dengan keluarga serumah pun susah nak bersua muka, inikan pula keluarga di kampung. Kepada mak di sana, doa kami sentiasa mengiringi mak di sana. Moga mak ditempat disisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
i sbnarnya rindu sgt dgn mak mertua i d Pasir Mas. Selalu doakn dia sihat dan sempat berjumpa dgn Adham Safiy, my handsome boy. I akan balik kg, tapi biar BERMARUAH. Bwa 2 ank, sepasang lelaki dan pompuan. ada degree-kaunseling lagi. bawa car baru. wan pla dgn job baru yang jd kami rasa berduit skit. tp bila ingat kat mak mertua TIRI, ada rasa stress! Tention! tp maruah i yg ada dibwh sbb dikatakan mandul olehnya, dpt bawa balik jmpa dia nnt zuriat dr Allah sepasang ank. naknya adham safiy-pnyambung keturunan sblh wan. MALUNYA.....mcm ludah ke langit, air liur terkena muka sndiri. mmg sedap mngata org tp kuasa Allah x sapa blh sangkal. kuni berdoa la yg terbaik unt kita. jgn GIVE UP. Allah maha mendengar dan maha mengetahui. Doa insan teraniaya akn senang termakbul!
Post a Comment