Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, March 23, 2010

stress.....


meja saya yg kelam kabut


keropok lekor saya

saya sangat stress hari ni sebab ada 2 paperwork yg perlu disiapkan hari ini juga. sangat2 tertekan. membuatkan saya tidak lalu makan. tapi sempat juga dapatkan keropok lekor dikantin tadi sebanyak rm2. tapi belum sempat makan. sabar saya perlu siapkan dulu paperwork sebelum makan. lagipun sekejap lagi ada class yang perlu saya relief.....sibuk mcm mana pun sempat juga saya mecelah di sini.... sini dulu... daaa....

Monday, March 22, 2010

naqib bersama motor barunya







14/3 selepas ke kenduri cik miah, kami sekeluarga bersama atok n nenek pergii ke rumah kakak ipar aku kat setiawangsa. sampai rumah k.wal, si naqib ni nampak le motor besar anak2 k.wal yg ada sorang satu. dia dah le obses dgn motor, nampak pulak motor tu, alahai.... lepas tu 2hari 2malam aku tak senang duduk sebab di mulutnya motor, broom.... itu je dia ungkap sepanjang hari.... letih aku... untuk menyelesaikan masalah ini, kami sekeluarga ke ampang mencari kedai motor yg disebut2 sebagai kedai yang murah... tengoklah aksi dia dgn motornya.... nak dijadikan cerita, lepas beli motor dia mintak pulak helmet. betul juga menjaga keselamatan....

Aktiviti di hujung cuti










dah habis seminggu cuti sekolah, kami sekeluarga tak ke mana2. just menghabiskan masa bersama di rumah. dapat pecah rekod, seminggu tak ke rumah nenek. aktiviti di rumah dipenuhi dgn mencuci, mengemas, memasak, melayan anak, menunggu suami pulang kerja ( kalau hubby cikgu boleh le cuti cam orang lain ), dan paling penting dapat jahit manik dibaju ateh yg dia nak pakai kenduri kawen kawan dia 2/4 nanti. sakit juga belakang. tapi seronok dapat melihat anak2 sepanjang masa di depan mata.