Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, August 7, 2008

Kenduri Ateh




yan & gon

26/07/08 adik no5 aku selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya Abdul Hafiz. 02/08/08 baru ni pula majlis kenduri. sayangnya 24/08/08 ni kenduri  belah lelaki, aku tak boleh hadir sebab aku punya majlis konvokesyen di UIA. takpelah Nashwa n Naqib wakil mama ke kenduri tu ye. Nanti mama beli baju baru untuk anak mama berdua. Sayang bucuk, bucuk.Untuk ateh n Gon(panggiolan manja kami untuk hafiz) selamat melayari bahtera rumah tangga. Pandai-pandai lanh mengemudinya nanti, jangan sampai tersasar arah. Gunakan kompas yang betul. I love both of you.

Cintaku


Buat yang tersayang,

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu,
Hilanglah cintaku padamu......
( Imam Nawawi )

Renung-renungkanlah

Tuesday, August 5, 2008

Kenapa?

Kadang-kadang kita susah nak agak apa akan berlaku. Bukan kadang2 memang kita tak boleh nak duga. Hidup kita penuh dengan dugaan, penuh dengan rintangan. Itulah namanya kehidupan. Tapi selalunya perit kita nak hadapi. Sakit sangat. Terutamanya perkara yang berkait rapat dengan orang yang kita sayang. Bila kita mula nak bertindak, ada saja suara "mengapa diputus ikatan kasih sayang". Kalau ikatan dah terlerai, dah terungkai, tak lagi tetsimpul mati, apa lagi diharap. Kalau kasih dah dirobek, jiwa dah dikoyak, hati dah rabak, apa simpan lagi. Nanah dah mengalir. Perlu ke ditunggu lagi. Apa makna lagi kasih sayang disimpan. Seusai janji dimunafikkan, mana lagi kiblat cinta kita? Hanya pada Allah tempat mengadu kini.