Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 18, 2008

Kaunselor sepenuh masa

Hari ni dengan rasminya aku menjadi kaunselor sepenuh masa di SMK Seri Hartamas, KL. Banyak program yang perlu diuruskan. Mujur juga program Penbangunan Kerjaya Pendidikan di Berjaya Times Square Khamis ni ditangguhkan ke 13 Ogos. So 24/7 ni dapat le aku temankan student ke Public Talk on Career Lectures di Pusat Sains Negara. Seronok sebenarnya jadi kaunselor ni, tapi banyak kerja, banyak cabaran yang perlu dihadapi. Sabtu ni 26/7 hari hari nikah Ateh adik no 5 aku. Sian dia. Hari yang sama aku kena gi sekolah gak. Ganti untuk cuit Hari Raya nanti. Sian juga dengan mak. Sapa nak tolong di dapur. Dengan Naqib yang suka mengamuknye. Asyik le nak beromantik dengan nenek. Sampai nenek tak boleh nak gerak ke mana.

Tuesday, July 15, 2008

My First Meeting

Hari ni bertempat di SMK Petaling Jalan Klang Lama, aku menghadiri mesyuarat pertama aku sebagai kaunselor zon Bangsar. Seronok dapat berkenalan dengan kaunselor2 yang berpengalaman. Hari ni juga aku berkesempatan bertentang mata dengan Cik Paziah, pen. pengarah untuk unit kaunseling JPWP. Sempat aku suarakan apa yang terbuku dihati. Jangan ingat kaunselor takde masalah. Malah lebih lagi dari orang lain. Manakan tidak, dengan masalah orang, bantu orang bermasalah, masalah sendiri, sapa nak dengar , sapa nak bantu...
Muka yang satu2nya aku kenal semasa mesyuarat tadi selain daripada kaunselors SMK Seri Hartamas, hanya Kak Sha seorang, sekelas dengan aku semasa di UIA. Khamis ni 17 Julai akan diadakan orientasi untuk guru2 baru GSST macam aku n the gang di SMK Taman Melati. eeemmmm.....esok akan aku heret Matin ke sana menjejak jalan. Pukul 7.30 dah nak mula.