Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, July 5, 2008

Postingku...Researchku...Ibu Mertuaku..

Gawat memikirkan tempat posting yang dah cukup bilangan kaunselor. Tentu aku disuruh mengajar. Kecik hati aku kejap bila ada cikgu cakap, "lain yg diminta lain yg datang". Rasa mcam tak diperlukan aje.Tapi takdirnya di sini. SMK Seri Hartamas.

Pening pulak memikirkan research aku. Entah di terima entah tidak. Gundah gulana dbuatnya. Nak muntah bila terfikir. Sakit jiwa rasanya.

Semalam selesai solat Jumaat, Matin call aku dari masjid. "Cari teman balik rumah, kemas beg. kita balik kampung. Mak masuk ICU." Gelabah aku dibuatnya. Aku yang dah memang ada kat rumah mak, baru je sampai dalam 10minit. Minta mak talong tengokkan Naqib n Nashwa. Aku nak ke opis Matin, sebab kete aku yang bawak. Kalut sungguh, tapi sempat juga aku call Dr.Siraje tanya pasal research aku.
Sepanjang perjalanan Matin tak cakap banyak, sedih aje muka dia. Siapa tak sedih, masa ni le aku kena praktikkan apa yg aku dah belajar masa kat UIA. Aku tak boleh tunjuk sedih sebab dia lagi sedih. Hal anak-anak aku handle 100%. Matin aku biarkanb melayan perasaan. Sepanjang perjalanan ke kg aku tak lelap walau sekejap pun. "Abang OK ke" sentiasa aku tanya.

Monday, June 30, 2008

Percutian Pertama Naqib



Hubby janji habis je internship n siap segala laporan dia nak bawak gi holiday, Jumaat lepas kebetulan genap umur Naqib 6 bulan pastu, siap pulak segala report internship. without maklumkan kepada Nashwa, baba dia suruh dia pakai lawa2. "mama, kita nak gi mana pakai lawa2?" "Lunch, lepas baba solat Jumaat kita pegi ye". Naqib macam faham je, bila disiapkan sengih aje sepanjang masa. Bila siapkan swimming suit dia, dia ingat nak pegi swim kat kelana jaya esoknya. kami angguk je. bukan niat nak menipu, saja nak buat suprise untuk dia.masuk aje dalam kereta Nashwa terus tidur tak sedar diri, Naqib pun macam tu. Sampai Melaka baru die sedar. "Jauhnya kita datang makan"Masih tak sangka le tu. Masa cari hotel pun dia tak caya nak tido sana. Seronok tak terkata dia bila bagitahu nak ke tido sana. Everly Resort Hotel dekat dengan Pantai Klebang jadi pilihan Hubby ku. Naqib pun seronok semacam je. maklumle cukup 6 bln.