Gawat memikirkan tempat posting yang dah cukup bilangan kaunselor. Tentu aku disuruh mengajar. Kecik hati aku kejap bila ada cikgu cakap, "lain yg diminta lain yg datang". Rasa mcam tak diperlukan aje.Tapi takdirnya di sini. SMK Seri Hartamas.
Pening pulak memikirkan research aku. Entah di terima entah tidak. Gundah gulana dbuatnya. Nak muntah bila terfikir. Sakit jiwa rasanya.
Semalam selesai solat Jumaat, Matin call aku dari masjid. "Cari teman balik rumah, kemas beg. kita balik kampung. Mak masuk ICU." Gelabah aku dibuatnya. Aku yang dah memang ada kat rumah mak, baru je sampai dalam 10minit. Minta mak talong tengokkan Naqib n Nashwa. Aku nak ke opis Matin, sebab kete aku yang bawak. Kalut sungguh, tapi sempat juga aku call Dr.Siraje tanya pasal research aku.
Sepanjang perjalanan Matin tak cakap banyak, sedih aje muka dia. Siapa tak sedih, masa ni le aku kena praktikkan apa yg aku dah belajar masa kat UIA. Aku tak boleh tunjuk sedih sebab dia lagi sedih. Hal anak-anak aku handle 100%. Matin aku biarkanb melayan perasaan. Sepanjang perjalanan ke kg aku tak lelap walau sekejap pun. "Abang OK ke" sentiasa aku tanya.
Saturday, July 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment