Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, August 14, 2008

Ciri-ciri Isteri

Rasulullah saw bersabda yang
maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan.
Dan jangan kerana hartanya,
kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai.
tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana
hartanya dan elok rupanya,
nescaya diharamkan akan hartanya dan
elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya,
dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt
akan dia akan hartanya dan eloknya."

Ciri-ciri Suami Idaman Hati

Pilihlah suami berdasarkan pegangan agama dan bertanggungjawab.

Berilmu, berakhlak, pandai berkomunikasi, bijak mengurus ekonomi dan
kewangan, kuat beribadat, berfikiran terbuka, bertolak ansur,
bersefahaman, tolong menolong, tegas, berpandangan jauh dan boleh
menerima teguran.

Seorang yang memberi keutamaan kepada soal kasih sayang, nafkah,
pergaulan, keselamatan, kesihatan anggota keluarga dan tempat tinggal.

Menjadikan kepentingan keluarga lebih daripada kepentingan diri sendiri.

Memahami kehendak isteri dan sentiasa mengekalkan kemesraan walaupun
sudah lama berkahwin.

Suami juga perlu menanamkan dalam diri bahawa niat dia berkahwin
adalah kerana Allah, kerana ia akan lebih menjadikan seseorang suami
itu memikul tanggungjawab mereka yang sebenar-benarnya.

Adil dengan isteri

Thursday, August 7, 2008

Kenduri Ateh




yan & gon

26/07/08 adik no5 aku selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya Abdul Hafiz. 02/08/08 baru ni pula majlis kenduri. sayangnya 24/08/08 ni kenduri  belah lelaki, aku tak boleh hadir sebab aku punya majlis konvokesyen di UIA. takpelah Nashwa n Naqib wakil mama ke kenduri tu ye. Nanti mama beli baju baru untuk anak mama berdua. Sayang bucuk, bucuk.Untuk ateh n Gon(panggiolan manja kami untuk hafiz) selamat melayari bahtera rumah tangga. Pandai-pandai lanh mengemudinya nanti, jangan sampai tersasar arah. Gunakan kompas yang betul. I love both of you.

Cintaku


Buat yang tersayang,

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu,
Hilanglah cintaku padamu......
( Imam Nawawi )

Renung-renungkanlah

Tuesday, August 5, 2008

Kenapa?

Kadang-kadang kita susah nak agak apa akan berlaku. Bukan kadang2 memang kita tak boleh nak duga. Hidup kita penuh dengan dugaan, penuh dengan rintangan. Itulah namanya kehidupan. Tapi selalunya perit kita nak hadapi. Sakit sangat. Terutamanya perkara yang berkait rapat dengan orang yang kita sayang. Bila kita mula nak bertindak, ada saja suara "mengapa diputus ikatan kasih sayang". Kalau ikatan dah terlerai, dah terungkai, tak lagi tetsimpul mati, apa lagi diharap. Kalau kasih dah dirobek, jiwa dah dikoyak, hati dah rabak, apa simpan lagi. Nanah dah mengalir. Perlu ke ditunggu lagi. Apa makna lagi kasih sayang disimpan. Seusai janji dimunafikkan, mana lagi kiblat cinta kita? Hanya pada Allah tempat mengadu kini.

Friday, July 18, 2008

Kaunselor sepenuh masa

Hari ni dengan rasminya aku menjadi kaunselor sepenuh masa di SMK Seri Hartamas, KL. Banyak program yang perlu diuruskan. Mujur juga program Penbangunan Kerjaya Pendidikan di Berjaya Times Square Khamis ni ditangguhkan ke 13 Ogos. So 24/7 ni dapat le aku temankan student ke Public Talk on Career Lectures di Pusat Sains Negara. Seronok sebenarnya jadi kaunselor ni, tapi banyak kerja, banyak cabaran yang perlu dihadapi. Sabtu ni 26/7 hari hari nikah Ateh adik no 5 aku. Sian dia. Hari yang sama aku kena gi sekolah gak. Ganti untuk cuit Hari Raya nanti. Sian juga dengan mak. Sapa nak tolong di dapur. Dengan Naqib yang suka mengamuknye. Asyik le nak beromantik dengan nenek. Sampai nenek tak boleh nak gerak ke mana.

Tuesday, July 15, 2008

My First Meeting

Hari ni bertempat di SMK Petaling Jalan Klang Lama, aku menghadiri mesyuarat pertama aku sebagai kaunselor zon Bangsar. Seronok dapat berkenalan dengan kaunselor2 yang berpengalaman. Hari ni juga aku berkesempatan bertentang mata dengan Cik Paziah, pen. pengarah untuk unit kaunseling JPWP. Sempat aku suarakan apa yang terbuku dihati. Jangan ingat kaunselor takde masalah. Malah lebih lagi dari orang lain. Manakan tidak, dengan masalah orang, bantu orang bermasalah, masalah sendiri, sapa nak dengar , sapa nak bantu...
Muka yang satu2nya aku kenal semasa mesyuarat tadi selain daripada kaunselors SMK Seri Hartamas, hanya Kak Sha seorang, sekelas dengan aku semasa di UIA. Khamis ni 17 Julai akan diadakan orientasi untuk guru2 baru GSST macam aku n the gang di SMK Taman Melati. eeemmmm.....esok akan aku heret Matin ke sana menjejak jalan. Pukul 7.30 dah nak mula.

Thursday, July 10, 2008

Pesanan untukku.....

Disini aku lampirkan perasan dari Dr Haniza Rais, lecturer aku di UIAM. Sangat-sangat aku perlukan disaat berdepan dengan kesedihan Matin sekarang ni. MAtin anak manja mak. Hilang yang tak akan ada galang gantinya.

Arni
So sorry to hear about your mom in-law

what you can do probably, just be there for him. he may not want to
talk about it yet. tell him that you are concern about him. You feel
the sadness too. Tell him it is ok to feel what he feels now.. he
doesn;t have to talk about it but always know that you are there for
him to share anything. slowly, when he is ready, ask him what is
bothering him now than his mom no longer around. How can you be
helpful to him. hold his hand, share the emotion as you are the
closest to him next to his mom. tell him that you can not replace
mom. a loss is a loss. ajak dia make doa for mom - something that will
bring good to mom - doakan dia..baca quran.. ikatan tak putus melalui
itu aje nak sambung hubungan anak -emak..he may have regrets. slowly
try to figure out the regrets....tak sempat buat itu atau ini untk
emak. tapi always remember his mom needs his doa more that anything
else now.. notheing else matter.

don;t push it..take it slowly, be natural.. be there for him and more
understanding of what he is going through .. only he knows what it
feels so don;t make assumption. it can lead to lots of stress.. es
when men dont; talk his emotion..

salam takziah kat your husband..take care

Al Fatihah

Bonda mertua ku Puan Saayah binti Asmawi pergi jua mengadap Ilahi. Sudah perjanjiannya begitu. Tepat pukul 11 pagi hari Ahad 6 July 2008. Teresak Matin dibahu aku. Tak daya aku memujuknya. Tapi aku perlu terus lebih kuat dari dia. Semuanya telah terduga. Mujur semalam semua sempat berdepan dengan arwah mak. Walaupun dalam keadaan koma, tapi menurut doktor yang merawat, mak sedar dan mendengar. Disuruh ahli keluarga membacakan Yasin. Sempat aku bisikkan mohon ampun dan maaf. Banyaknya dosa ku tak terhingga rasanya. Pilu rasa hati bila tiap kali dipeluk dan diucap takziah, Matin pasti tersedu. Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Sengaja aku biarkan dia sementara, biar dilayan dulu perasaan sedihnya. Bodoh andai aku suruh dia supaya tidak bersedih, bersabar dan bertenang. Orang gila pun menangis saat kehilangan insan yang disayangi. Tapi tiada rasa ralat dihati sebab Matin sedaya upaya semasa hayat arwah mak, membuat mak gembira, sentiasa dipenuhi permintaan mak, cuma kadang bila diminta pulang selalu apalah daya kami yang jauh dan sentiasa beragenda. Dengan keluarga serumah pun susah nak bersua muka, inikan pula keluarga di kampung. Kepada mak di sana, doa kami sentiasa mengiringi mak di sana. Moga mak ditempat disisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

Saturday, July 5, 2008

Postingku...Researchku...Ibu Mertuaku..

Gawat memikirkan tempat posting yang dah cukup bilangan kaunselor. Tentu aku disuruh mengajar. Kecik hati aku kejap bila ada cikgu cakap, "lain yg diminta lain yg datang". Rasa mcam tak diperlukan aje.Tapi takdirnya di sini. SMK Seri Hartamas.

Pening pulak memikirkan research aku. Entah di terima entah tidak. Gundah gulana dbuatnya. Nak muntah bila terfikir. Sakit jiwa rasanya.

Semalam selesai solat Jumaat, Matin call aku dari masjid. "Cari teman balik rumah, kemas beg. kita balik kampung. Mak masuk ICU." Gelabah aku dibuatnya. Aku yang dah memang ada kat rumah mak, baru je sampai dalam 10minit. Minta mak talong tengokkan Naqib n Nashwa. Aku nak ke opis Matin, sebab kete aku yang bawak. Kalut sungguh, tapi sempat juga aku call Dr.Siraje tanya pasal research aku.
Sepanjang perjalanan Matin tak cakap banyak, sedih aje muka dia. Siapa tak sedih, masa ni le aku kena praktikkan apa yg aku dah belajar masa kat UIA. Aku tak boleh tunjuk sedih sebab dia lagi sedih. Hal anak-anak aku handle 100%. Matin aku biarkanb melayan perasaan. Sepanjang perjalanan ke kg aku tak lelap walau sekejap pun. "Abang OK ke" sentiasa aku tanya.

Monday, June 30, 2008

Percutian Pertama Naqib



Hubby janji habis je internship n siap segala laporan dia nak bawak gi holiday, Jumaat lepas kebetulan genap umur Naqib 6 bulan pastu, siap pulak segala report internship. without maklumkan kepada Nashwa, baba dia suruh dia pakai lawa2. "mama, kita nak gi mana pakai lawa2?" "Lunch, lepas baba solat Jumaat kita pegi ye". Naqib macam faham je, bila disiapkan sengih aje sepanjang masa. Bila siapkan swimming suit dia, dia ingat nak pegi swim kat kelana jaya esoknya. kami angguk je. bukan niat nak menipu, saja nak buat suprise untuk dia.masuk aje dalam kereta Nashwa terus tidur tak sedar diri, Naqib pun macam tu. Sampai Melaka baru die sedar. "Jauhnya kita datang makan"Masih tak sangka le tu. Masa cari hotel pun dia tak caya nak tido sana. Seronok tak terkata dia bila bagitahu nak ke tido sana. Everly Resort Hotel dekat dengan Pantai Klebang jadi pilihan Hubby ku. Naqib pun seronok semacam je. maklumle cukup 6 bln.

Monday, June 23, 2008

Research ku

Pening. Sakit kepala. Susah hati. Panik. Tired.

All those are what I'm feel now.

All about my research.

Please..... Tuhan... Tunjukkan aku jalan...Permudahkan kerja hambaMu ini... Amin...

I'm stress


It's stressful sometimes that I'm trying to be the perfect one, the perfect wife, the perfect mother, the perfect daughter,the perfect sister, the perfect student, the perfect teacher, the perfect friend, the perfect aunty, all at the same time.

I knew that no body perfect, but some one told me - be the no body. Yes I know this is impossible but I still try to be one. Up to an extend, it sometimes occur as a problem. Yes, being a perfectionist is a problem. Especially when things don't go my way and I get dissapointed and all affected. sigh.

Ku pendam duka ku sendiri....ha ha ha....paranoid

Sunday, June 22, 2008

Not yet.....

Ingatkan selesai internship, selesai le bebanan tugas aku sebagai seorg pelajar.
Not Yet...... research tak siap lagi rupanya. 20/06/08 hari terakhir aku di SMK Seksyen10 Kota Damansara. Di sini aku belajar menjadi seorang kaunselor dengan erti kata sebenarnya. Guru pembimbing aku bukan seorang sebaliknya 4 orang. Kak Shanty, Cikgu Harun, Kan Hanim & Kak Yati. Sedih ada nak tinggalkan, tapi lega kerana perpisahan ini memberi aku sedikit ruang untuk menyiapkan research yang masih separuh jalan.

Wednesday, June 18, 2008

Ku muncul kembali

Setahun lamanya aku tinggalkan ruangan ni. Terlalu sibuk dengan tugasan. Buat-buat busy sebenarnya. Hasilnya sampai hari ni tak nampak lagi. Arghhh....research aku bila nak siap... Tinggal lagi 2 hari internship aku nak habis. Mana silapnya, apa salahnya aku tak nampak. Yang aku nampak malasnya aku. Ada tak dijual ubat rajin...