Rasulullah saw bersabda yang
maksudnya:
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan.
Dan jangan kerana hartanya,
kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai.
tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."
Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana
hartanya dan elok rupanya,
nescaya diharamkan akan hartanya dan
elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya,
dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt
akan dia akan hartanya dan eloknya."
Thursday, August 14, 2008
Ciri-ciri Suami Idaman Hati
Pilihlah suami berdasarkan pegangan agama dan bertanggungjawab.
Berilmu, berakhlak, pandai berkomunikasi, bijak mengurus ekonomi dan
kewangan, kuat beribadat, berfikiran terbuka, bertolak ansur,
bersefahaman, tolong menolong, tegas, berpandangan jauh dan boleh
menerima teguran.
Seorang yang memberi keutamaan kepada soal kasih sayang, nafkah,
pergaulan, keselamatan, kesihatan anggota keluarga dan tempat tinggal.
Menjadikan kepentingan keluarga lebih daripada kepentingan diri sendiri.
Memahami kehendak isteri dan sentiasa mengekalkan kemesraan walaupun
sudah lama berkahwin.
Suami juga perlu menanamkan dalam diri bahawa niat dia berkahwin
adalah kerana Allah, kerana ia akan lebih menjadikan seseorang suami
itu memikul tanggungjawab mereka yang sebenar-benarnya.
Adil dengan isteri

Subscribe to:
Posts (Atom)