Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, September 7, 2009

Bertemu Kembali


Setelah sekian lama tak bersua, akhirnya.....

Ku pujuk-pujuk, ku rayu-rayu, mujur hubby makan pujuk. 4 September 2009, dapat juga aku jumpa semula teman-teman lama satu sekolah dulu. Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah. Best sangat!

Monday, August 17, 2009

Warkah buat Suamiku - Abdul Matin

Wahai suami ku, aku bukan lah wanita biasa, aku adalah Muslimah yang mempunyai jiwa perindu, seperti Umar Abd Aziz. Beliau rindu menjadi pemimpin, beliau rindu menegakkan khilafah, beliau rindukan syurga.
Begitu juga aku, wahai suami ku. Aku rindu untuk menjadi seorang pemimpin, aku rindu untuk memperbaiki keadaan ummah, aku juga rindu untuk menegakkan khilafah, aku juga rindu kan syahid di jalan Allah , aku rindu akan syurga, aku rindu untuk bertemu dengan Rasullullah SAW.
Mampu kah aku wahai suami ku? Sedangkan aku seorang Muslimah yang mempunyai seribu satu kekurangan.

Aku masih ingat apa ku lafazkan kepada mu pada malam yang pertama, aku menerima lamaran mu kerana dakwah, aku mengenal mu kerana dakwah, maka jika engkau menghalangku, niscaya akan hilang cintaku pada mu.

Seperti Imam Ghazali mengatakan “Aku mencintai mu kerana agama yang ada pada diri mu, jika hilang agama pada diri mu, maka hilang cinta ku pada mu.”
Engkau pula membalas sama seperti apa yang aku lafazkan pada mu. Alhamdulilah, engkau seorang suami yang memahami tuntutan dan tanggungjawab ku. Engkau tidak pernah melarangku walaupun aku terpaksa meninggalkan mu seharian.
Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.
Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul…
” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.”(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia.
Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku.
Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata.
Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.
Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Hanya itulah harapan ku atas pernikahan kita dan harapan ku kepada mu, wahai pemimpin ku.

Kita bernikah bukan atas dasar cinta atau nafsu, tetapi atas suatu dasar yang lebih suci dari pada segala-galanya. Iaitu atas dasar iman dan dakwah.
Ingatkan aku jika aku terlalai dengan anak-anak dan dunia, dan aku juga akan mengingatimu jika engkau tersungkur dengan dugaan anak-anak dan dunia.
Ya Allah , thabatkanlah kami di jalan Mu, istiqamahkan lah hati ini di dalam Ad-Deen Mu, jadikanlah hati-hati ini yang rindu syahid di jalan Mu, jadikan lah kami penduduk di syurga Mu.
Ameen Ameen Ameen.
Dari zaujah mu yang ingin mendamping mu hingga ke Syurga,
Ana uhibbuka fillah.

Friday, February 27, 2009

Holiday








Percutian kami sekeluarga di Pulau Pinang pada 27/12/2008 lalu.


Rindu




Rindu tetiba...lama dah sangat rasanya. Sibuk melayan perasaan lara. Kini pulih kembali. Hidup rasa ceria kembali. Sibuk dengan tugas. Sibuk dengan anak-anak. Sibuk bercintha kembali. Buat yang tersayang.... I LOVE YOU